Keputusan Fatwa Negeri Kelantan Darul Naim Bagi Harta Sepencarian

Kategori : Munakahat  
Tajuk :
Pembahagian Harta Sepencarian Kerana Perceraian Mati dan Tuntutan Waris-waris
Isu :
Pembahagian harta sepencarian kerana berlaku perceraian pada asasnya adalah berdasarkan kepada amalan adat masyarakat Melayu di Malaysia khususnya dan masyarakat nusantara amnya. Mengikut adat orang Melayu semasa hidup bersama bersama suami isteri sama-sama berusaha menyara kehidupan mereka. Oleh sebab itu apabila berlaku perceraian mereka akan membahagikan harta tersebut. Asasnya kerana harta itu didapati hasil dari usaha bersama semasa perkahwinan.
Keputusan :
 
Pembahagian Harta Sepencarian Kerana Perceraian Mati Dan Tuntutan Waris-Waris

Setelah membincangkan masalah ini dengan terperinci mesyuarat bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:

1. Tuntutan harta sepencarian oleh pihak yang masih hidup seperti isteri yang menuntut harta sepencarian suaminya adalah diharuskan sama ada tuntutan itu kerana perceraian hidup atau perceraian mati.

2. Tuntutan harta sepencarian oleh waris si mati seperti anak-anak atau waris si isteri yang meninggal dunia yang menuntut harta sepencarian daripada suami si mati adalah diharuskan sama ada tuntutan itu kerana perceraian hidup atau perceraian mati.

3. Kadar tuntutan harta sepencarian yang layak dituntut oleh pihak yang masih hidup atau waris si mati adalah bergantung kepada keputusan mahkamah syariah.

 
Ref : http://www.e-fatwa.gov.my/

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Tentang Blog Ini

Memberikan info mengenai Islamic Estate planning adalah tujuan utama kewujudan blog ini. Harap dapat berkongsi maklumat dan mencapai satu tujuan yang sama.