Harta Sepencarian & Mutaah

HARTA SEPENCARIAN

Apa itu Harta Sepencarian?
Sama ada harta alih atau tak alih yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri dalam tempoh perkahwinan mereka. Sekiranya harta yang diperolehi sebelum berkahwin dan nilai harta tersebut lebih tinggi dari asalnya maka itu juga dikira sebagai harta semasa perkahwinan.

Macam mana nak tentukan sesuatu harta itu adalah Harta Sepencarian?
Harta Sepencarian
Siapa yang berhak dapat Harta Sepencarian?
Hanya Suami & Isteri sahaja.
Bila Tuntutan boleh dibuat?
bila berlakunya perceraian;
matinya salah satu antara suami atau isteri
Macam mana nak menentukan kadar Harta Sepencarian?
Ia mengikut kadar sumbangan yang diberikan oleh suami dan isteri semasa tempoh perkahwinan mereka
Macam mana pembahagian Harta Sepencarian dibuat?
Secara Sulh: cara pengakuan dan penyerahan hak kepada satu pihak yang lain
Secara Bayaran Balik: harta yang dicari bersama tetapi si isteri boleh bayar separuh wang yang dibelanjakan untuk membeli harta tersebut kepada si suami;
Secara Penjualan: harta yang dikumpul bersama dijualkan untuk dibahagikan mengikut perintah Mahkamah;
Secara Bahagi Dua: apabila harta yang dikumpulkan bersama tidak dapat dibezakan berapakah jumlah wang yang telah disumbangkan. Harta tersebut dijual dan dibahagikan secara adil/dua bahagian;
Budibicara Mahkamah: Hakim akan tentukan mengikut budi bicara Hakim dengan mengambilkira kadar yang munasabah dan takat sumbangan pihak tersebut.
MUTAAH
Apa itu Mutaah?
Satu pemberian saguhati yang diberikan oleh bekas suami kepada bekas isterinya.
Contoh: wang atau barangan
Mutaah diberikan sebagai hadiah atau saguhati yang wajib apabila perceraian berlaku bukan disebabkan oleh isteri.
Dalil bagi Mutaah
Surah al-Baqarah: 241 yang bermaksud:
“Perempuan yang ditalaqkan bagi mereka mutaah dengan sebaik-baiknya”
Apakah hukum Mutaah?
Jumhur ulama/sebahagian besar ulama menyatakan hukum asal Mutaah adalah SUNAT sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Al-Quran bahawa wanita yang diceraikan oleh suaminya hendaklah diberikan Mutaah berdasarkan kemampuan suami mereka.
Untuk apa Mutaah diberikan?
- Untuk meringankan beban isteri yang diceraikan
- Agar isteri dapat memulakan penghidupan yang baru  

Bila Mutaah jadi wajib?
Imam Syafie: Mutaah wajib diberikan setelah diceraikan walaupun belum disetubuhi atau sesudah disetubuhi.
Mutaah wajib diberikan apabila si suami menceraikan isterinya bukan disebabkan oleh isterinya, perceraian itu terjadi. Isteri berhak menuntut Mutaah tersebut sama ada dalam bentuk wang atau barangan.


Macam mana hendak kira kadar Mutaah?
Ianya berdasarkan kemampuan bekas suami serta faktor-faktor lain seperti lamanya tempoh perkahwinan mereka.
Kenapa Mutaah diadakan?
- Untuk memberikan kesedaran kepada suami bahawa perceraian bukan perkara mudah
- Menyebabkan bekas suami berfikir panjang dan matang sebelum mengambil tindakan untuk bercerai

Adakah isteri yang nusyuz berhak dapat Mutaah?
Apabila isteri yang nusyuz dan bersetuju untuk bercerai serta bersetuju untuk tidak menuntut apa-apa Mutaah maka kewajipan bekas suami untuk memberikan Mutaah akan gugur atau dikecualikan.
Apakah sebab-sebab Mutaah diberikan?
1. Perceraian itu bukanlah disebabkan oleh isteri
2. Perceraian bukan kerana nusyuz
3. Isteri tidak bersedia atau bersetuju kepada perceraian atau untuk menggugurkan tuntutan Mutaah
4. Kadar Mutaah bergantung kepada kemampuan bekas suami. Jika kedua-dua pihak tidak mencapai persetujuan, maka Mahkamah akan menentukannya
5. Perceraian melalui sabitan takliq atau fasakh dibolehkan bekas isteri menuntut Mutaah kerana perceraian ini berlaku kerana perbuatan bekas suami
Mutaah biasanya tidak akan dituntut oleh bekas isteri apabila mereka menuntut cerai takliq atau fasakh.

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Tentang Blog Ini

Memberikan info mengenai Islamic Estate planning adalah tujuan utama kewujudan blog ini. Harap dapat berkongsi maklumat dan mencapai satu tujuan yang sama.