Pengertian Hibah
Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia
merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hampir
sama. Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu, di mana sedekah ialah suatu
pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya dari yang kaya
kepada yang miskin. Manakala hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang
dan biasanya ia ada hubungkait dengan sesuatu perkara. Dengan ini dapat dirumuskan
bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah adalah sedekah
dan hadiah.
Hukum dan Pensyariatan Hibah
Dari segi hukum, Hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islam
terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini adalah berdasarkan kepada al-
Quran, al-Sunnah dan ijmak. Antara ayat al-Quran yang menggalakkan amalan Hibah ialah
sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu
dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap
lagi baik akibatnya” (Surah al-Nisa’ ayat 4).
“... dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-
orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-
minta dan (memerdekakan) hamba sahaya” (Surah al-Baqarah ayat 177).
Dalam Islam kita mmg di galakkan untuk membuat hibah tetapi adalah perlu kita memahami apa itu hibah sepenuhnya sebelum kita melihat kaitannya dengan perancangan harta pusaka Islam. Hibah yang di amalkan di Malaysia adalah bersifat satu pihak iaitu seolah2 pemberian hadiah kepada seseorang yang lain tanpa mengharapkan apa2 balasan dari orang yang menerima hibah tersebut. Secara biasanya Hibah ini terbahagi kepada dua iaitu Hibah biasa dan Amanah hibah (Deklarasi Hibah) yang akan di bincangkan kemudian. Contoh hibah biasa : seorang ayah menghibahkan rumah kepada anak bongsunya dengan cara, pergi ke pejabat tanah dan menukarkan nama di dalam geran rumah tersebut kepada nama anak bongsunya, dengan cara ini harta tersebut telah menjadi hak milik sepenuhnya si bongsu tadi.
Apabila berlakunya hibah, harta yang di hibahkan itu akan menjadi milik penerima hibah tersebut dan ia tidak lagi di kira sebagai harta orang yang memberi hibah itu, dari sudut hukum faraid, harta yang telah di hibahkan itu telah terkeluar dari faraid jadi ia tidak perlu di faraidkan serta waris2 ashabul furud (waris-waris yang di tinggalkan si mati) tidak boleh menuntut harta yang telah di hibahkan kepada orang lain.
Kaitannya dengan perancangan Harta Pusaka Islam.
Kita telah sedia maklum bahawa harta pusaka akan di bahagikan mengikut faraid. Harta pusaka adalah semua harta yang ditinggalkan si mati yang berada di dalam milikannya semasa kematiannya. Oleh itu secara ringkasnya, semua waris faraid berhak menuntut harta yang telah di tinggalkan oleh si mati tadi. Masalah yang mungkin timbul ialah apabila waris2 yang di tinggalkan ialah termasuk ADIK BERADIK kepada si mati. Keadaan ini berlaku apabila si mati tidak mempunyai anak lelaki dan jugak ayah, jadi adik beradik akan menjadi waris kepada harta2 yang di tinggalkan nya. Jika di lihat dari sudut pemberian, kadangkala adik beradik akan mendapat sebahagian besar harta si mati dan anak2 atau isteri tidak mendapat harta yang secukupnya oleh itu kita akan terfikir bagaimana untuk memberikan lebih bahagian kepada anak-anak dan isteri kita.
Hibah adalah salah satu cara untuk memberikan bahagian yang lebih banyak kepada isteri dan anak2 tetapi ianya hanya boleh di lakukan semasa hidup sahaja. Hibah ini akan terus berkuatkuasa selepas pemberian itu dibuat. jadi waris2 lain tidak boleh menuntut harta tersebut sekiranya pemilik asal itu meninggal dunia. Tetapi terdapat risiko kepada Hibah biasa ini iaitu si pemberi tadi tidak lagi mempunyai kuasa yang mutlak ke atas harta tersebut. Ini kerana pemberian hibah hukumnya adalah tidak boleh di tarik balik melainkan pemberian dari ibu bapa ke atas kepada anak cucu dan ke bawah. walaupun pemberian kepada anak cucu ke bawah boleh di tarik balik, kadangkala ada kes-kes yang mana ia tidak boleh di tarik balik. contohnya :
Si ayah telah menghibahkan rumahnya kpd anak lelakinya dengan menukarkan nama di dalam geran kepada nama anak lelakinya. Si anak ini tadi telah pergi ke pejabat tanah untuk mendapatkan salinan geran yang mana dia kemudiannya telah pergi ke bank untuk membuat pinjaman bagi mendapatkan modal untuk berniaga dengan mencagarkan rumah tersebut. Bagaimanapun perniagaan tidak begitu baik sehinggakan dia tidak dapat membayar hutang bank dan telah mengakibatkan bank menarik rumah tersebut untuk di lelong. dalam hal ini, rumah itu telah menjadi milik bank tadi dan si ayah tidak dapat menarik balik hibah itu walaupun ia diberikan kepada si anak tadi. jadi ini adalah satu risiko yang perlu di tanggung.
Bagaimana pula sekiranya seseorang itu adalah golongan Muallaf?yang mana hanya dirinya sahaja yang telah memeluk islam manakala ahli keluarganya yang lain tidak memeluk Islam. Mengikut faraid, sekiranya dia meninggal dunia, maka sekiranya tiada waris, Baitul mal akan menjadi waris kepada hartanya. Persoalannya, bolehkan Golongan Muallaf ini memberikan sedikit atau keseluruhan harta nya kepada ahli keluarganya yang bukan Islam?jawapannya boleh, sama ada dengan menggunakan Wasiat 1/3 atau pun hibah.
Jadi...inilah yang di namakan merancang harta kita sebelum kita meninggalkannya..kerana kita tidak akan bawa bersama harta itu ke alam yang satu lagi...
Wassalam...
admin
Hibah
Posted by
Admin
Feb 4, 2010
Labels: Hibah
0 comments:
Post a Comment