Kata Alu-Aluan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Atas kesedaran dan keinginan yang jitu dalam menyebarkan pengajaran dan bantuan kepada
orang ramai, maka kami telah membentuk satu blog yang mana kami kira dapat mencapai tahap yang kami inginkan.

Tujuan Blog ini di adakan adalah untuk memastikan bahawa masyarakat mudah mendapatkan maklumat dan ilmu serta bertanyakan soalan atau mengajukan permasalahan kepada kami mengenai proses pembahagian harta mengikut hukum syariah atau mendapatkan jawapan serta kepastian dalam hal hal yang berkaitan dengan Perancangan Harta Pusaka Islam.

Sehubungan dengan itu, kami mengajak dan mengalu-alu kan sebarang pertanyaan yang ingin di ajukan dan kami harap dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda.

Selain daripada itu, pengisian blog ini akan lebih menjurus kepada aktiviti yang akan dan telah di lakukan oleh as-Salihin Trustee Bhd dan juga banyak info-info terkini mengenai Perancangan Harta Pusaka Islam akan kami letakkan di dalam blog ini.

Akhir kata,sama-samalah kita mendapatkan kebaikan dengan kewujudan blog ini.

Insya'Allah.

Terima kasih.
Admin

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog

Tentang Blog Ini

Memberikan info mengenai Islamic Estate planning adalah tujuan utama kewujudan blog ini. Harap dapat berkongsi maklumat dan mencapai satu tujuan yang sama.